12.1.12

Minggu 1 - Pengenalan Kepada Rekabentuk Grafik


Salam semua, rekabentuk grafik (graphic design) adalah salah satu cabang dalam bidang multimedia dalam sains komputer. Bidang-bidang lain dalam sains komputer adalah seperti pengaturcaraan komputer, rangkaian komputer, animasi, pangkalan data, keselamatan data, kejuruteraan sistem, sistem maklumat, dan perniagaan IT.

Dengan kata mudah, rekabentuk grafik adalah satu proses yang melibatkan pelanggan dan pereka grafik untuk mendapatkan hasil akhir dalam bentuk bahan bercetak, pembuatan papan iklan, banner, dan lain-lain bagi menyampaikan mesej tertentu kepada penonton yang disasarkan.


Untuk merekabentuk grafik, kita memerlukan perisian aplikasi khusus untuk tujuan ini. Di antara perisian yang popular dipasaran adalah Adobe Photoshop, Corel Paint Shop, Microsoft Paint, IrfanView, dan Picasa. Dalam artikel yang seterusnya, saya akan tumpukan pada perisian Adobe Photoshop.

Apa yang kita boleh buat dengan photoshop? Sebenarnya banyak benda kita boleh buat dengan photoshop:
  • Jika terdapat gambar-gambar yang rosak atau gambar lama, kita boleh membaikpulihnya semula dan menjadikannya seperti gambar baru dengan menggunakan Photoshop.


  • Kita boleh menukar warna kulit kita daripada tak berapa nak cerah menjadi lebih putih.
  • Jika muka kita ada banyak jeragat, kita boleh membuangnya, menjadikannya cantik dan licin menggunakan photoshop.


  • Kita boleh mengubah bentuk badan yang agak gempal, menjadikannya lebih kurus atau ramping.
  • Atau.. katakanlah kita minat dengan seseorang, artis korea sebagai contohnya. Kita boleh mengedit gambarnya dan meletakkannya di sebelah gambar kita seakan-akan kita bergambar bersebelahan dengannya menggunakan photoshop.

Sekarang bagaimana? Photoshop ni agak menarik bukan? Mungkin ada yang tak sabar-sabar nak belajar photoshop. Kita akan sambung artikel ni minggu depan kita di mana kita akan berkenalan dengan asas photoshop. Ok.. jumpa lagi. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan