23.1.12

Pengumuman - Kelas Dibatalkan 27/01/12 - 01/02/12


Kelas Sains Komputer pada 27/01/12 - 01/02/12 dibatalkan kerana saya akan pergi ke Kem Bumi Jati, Klang, Selangor bagi mengikuti Bengkel International Mathematical Olympiad 2012.

Guru ganti akan masuk menggantikan kelas saya dan mengajar subjek bukan Sains Komputer atau memantau pelajar menyiapkan tugasan masing-masing.

Sekian. Harap maklum.

20.1.12

Tugasan - Menukar Gambar Background

Objektif tugasan ini adalah untuk menguji kefahaman menggunakan eraser tool dan selection tools.

Tugasannya mudah, hapuskan background menggunakan eraser tool. Selepas itu masukkan gambar tanpa background tersebut ke dalam gambar background yang sesuai.

Gunakan blur tool untuk mengaburkan border di sekeliling gambar.
Pelajar boleh merujuk blog kampungfm.com jika masih samar-samar tentang tugasan kali ini.

Selamat mencuba ^^

18.1.12

Projek Mini 1 - Kad Ucapan


Ok.. kali ni saya bukan nak bagi ucapan selamat hari raya.. cuma nak beri satu tugasan atau projek mini :) Objektif projek mini ini adalah untuk menguji pemahaman serta ingatan pelajar tentang apa yang telah dipelajari di dalam makmal komputer terutamanya konsep layer dan penggunaan tool yang asas. 

Pelajar dikehendaki menghasilkan sekeping kad ucapan. Pelajar boleh memilih sebarang jenis kad ucapan seperti kad ucapan hari jadi, selamat hari raya, hari guru, atau hari ibu.
Kriteria projek yang dihasilkan:

1. Selection tool
- menggunakan lebih daripada 2 selection tool

2. Layer- lebih daripada 3 layer
- menyusun atur layer

3. Teks- pemilihan jenis, saiz dan warna tulisan yang sesuai
- hasilkan text effect menggunakan Blending Option atau warped text

4. Kreativiti
- susunan objek
- kesesuaian warna font dengan warna background

Hasil kerja hendaklah disimpan dalam format Photoshop (.psd)

Tarikh akhir hantar 03/02/02.
- sebarang masalah sila berbincang dengan saya selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akhir.

16.1.12

Minggu 2 - Pengenalan Kepada Adobe Photoshop

Photoshop ni programnya agak berat, jadi saya akan memperkenalkan versi yang lebih ringan iaitu CS2. Apabila kita membuka program photoshop, kita akan dapat melihat antaramuka seperti di bawah:
 
1. Menu bar

15.1.12

Tugasan - Bersama Artis Kesayangan


Objektif tugasan ini adalah untuk menguji kefahaman menggunakan selection tools.

Tugasannya agak mudah, cantumkan gambar sendiri dengan artis pilihan masing-masing.

Gunakan blur tool untuk mengaburkan garis pemisah di antara 2 gambar tersebut.

Selamat mencuba ^^

13.1.12

Tugasan - Saiz Gambar

Tugasan kali ini adalah lanjutan dari latihan sebelumnya. 

Pelajar diminta menulis artikel mengenai kaitan di antara saiz gambar di dalam storage (harddisk/pendrive) dengan:
i. format fail yang berbeza
ii. saiz kanvas yang berbeza
iii. resolution gambar yang berbeza

Jika saya ingin meletakkan grafik ke dalam website/blog/facebook (banner, ikon, foto keluarga dsb), format apakah yang sesuai? Berikan alasan mengapa format itu sesuai.

12.1.12

Minggu 1 - Pengenalan Kepada Rekabentuk Grafik


Salam semua, rekabentuk grafik (graphic design) adalah salah satu cabang dalam bidang multimedia dalam sains komputer. Bidang-bidang lain dalam sains komputer adalah seperti pengaturcaraan komputer, rangkaian komputer, animasi, pangkalan data, keselamatan data, kejuruteraan sistem, sistem maklumat, dan perniagaan IT.

Dengan kata mudah, rekabentuk grafik adalah satu proses yang melibatkan pelanggan dan pereka grafik untuk mendapatkan hasil akhir dalam bentuk bahan bercetak, pembuatan papan iklan, banner, dan lain-lain bagi menyampaikan mesej tertentu kepada penonton yang disasarkan.


Untuk merekabentuk grafik, kita memerlukan perisian aplikasi khusus untuk tujuan ini. Di antara perisian yang popular dipasaran adalah Adobe Photoshop, Corel Paint Shop, Microsoft Paint, IrfanView, dan Picasa. Dalam artikel yang seterusnya, saya akan tumpukan pada perisian Adobe Photoshop.

Apa yang kita boleh buat dengan photoshop? Sebenarnya banyak benda kita boleh buat dengan photoshop:
  • Jika terdapat gambar-gambar yang rosak atau gambar lama, kita boleh membaikpulihnya semula dan menjadikannya seperti gambar baru dengan menggunakan Photoshop.


  • Kita boleh menukar warna kulit kita daripada tak berapa nak cerah menjadi lebih putih.
  • Jika muka kita ada banyak jeragat, kita boleh membuangnya, menjadikannya cantik dan licin menggunakan photoshop.


  • Kita boleh mengubah bentuk badan yang agak gempal, menjadikannya lebih kurus atau ramping.
  • Atau.. katakanlah kita minat dengan seseorang, artis korea sebagai contohnya. Kita boleh mengedit gambarnya dan meletakkannya di sebelah gambar kita seakan-akan kita bergambar bersebelahan dengannya menggunakan photoshop.

Sekarang bagaimana? Photoshop ni agak menarik bukan? Mungkin ada yang tak sabar-sabar nak belajar photoshop. Kita akan sambung artikel ni minggu depan kita di mana kita akan berkenalan dengan asas photoshop. Ok.. jumpa lagi. :)

11.1.12

Tugasan - Pelbagai Format dan Saiz Gambar

Pelajar diminta mencari sekeping gambar menggunakan Google Images. Copy gambar tersebut dan paste ke dalam Adobe Photoshop. Selepas itu pelajar perlu save gambar tersebut di folder My Documents menggunakan format .psd, .jpg, dan .gif (3 format fail yang berbeza).

Tugasan: sila buat perbandingan ke atas gambar tersebut dan buat rumusan mengenai aktiviti di atas.

10.1.12

Pengumuman - Modul Latihan Adobe Photoshop


Berkenaan buku modul Adobe Photoshop. Para pelajar dikehendaki membayar RM2.00 seminggu selama 3 minggu kepada bendahari kelas masing-masing secepat mungkin. 

RM2.00 x 3 minggu = RM6.00

Saya akan fotostatkan buku untuk pelajar. Katakan harga buku adalah RM3.60, baki RM2.40 tidak akan dikembalikan semula kepada pelajar kerana duit tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung kelas masing-masing (dipegang oleh bendahari kelas). Duit tersebut akan digunakan untuk kepentingan kelas seperti keceriaan kelas atau majlis jamuan akhir tahun kelas.

5.1.12

Tugasan - Kegunaan Adobe Photoshop


Pelajar diminta mencari di google mengenai kegunaan Photoshop (sekurang-kurangnya 5 kegunaan). Sila dapatkan sekurang-kurangnya 3 contoh gambar (gambar asal dan gambar yang telah diedit) dengan menggunakan Photoshop daripada Google Images.